Saturday, September 17, 2016

Blog BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia)

Logo BSMM



Lagu BSMM


Bulan sabit merah di malaysia
giat berjasa untuk negara
tidak kira kaum dan agama 
 waktu aman atau bahaya 

di mana jua adanya sengsara
disana ada kita
di laut dan darat kita bersedia
walaupun diancam bahaya

bulan sabit merah gerakan sedunia
membantu semua yang menderita
badan sukarela berkhidmat dengan tabah dan bersemangat

Persatuan Bulansabit Merah Malaysia

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963


Sejarah

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Ikrar PBSM

BAHAWA KAMI,
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETANGGALAN
KESEJAGATAN


Pakaian Rasmi PBSM
Image result for pakaian rasmi pbsm


Pakaian Tidak Rasmi

Image result for pakaian t-shirt pbsm
Bagi murid lelaki hendaklah memakai t-shirt dan seluar slack.
Image result for pakaian t-shirt pbsm
Bagi pelajar perempuan hendaklah memakai t-shirt dan seluar slack
dan bagi murid yang memakai tudung hendaklah memasukkantudung kedalam baju.


1 comment: